Ada Stok
Travel Pack Dendeng Keramat Omakmasak
Dendeng Keramat Omakmasak
RM 25.90 - RM 89.00

Note to Seller (Optional)


NOTA PENTING : (SILA BACA) SEBELUM MEMBUAT PILIHAN PACKAGING.

(BLACK PACK) - Pack ini hanya kepada pembeli di dalam Negeri Selangor atau Kuala Lumpur yang wajib memilih penghantaran Lalamove / Ambil sendiri / In-house Delivery (dalam 1km radius) sahaja. Dendeng harus disimpan beku sendiri jika mahu ianya tahan lebih lama bila sampai kepada pembeli.

(RETORT) - Dendeng dalam pack ini sahaja yang tahan 1 tahun (dalam suhu bilik) jika tidak dibekukan atau dipanaskan. Pack retort ini sesuai kepada pembeli luar negeri yang menggunakan pilihan Kurier.


✧ Dendeng segar keluaran Keramat, Kuala Lumpur yang mempunyai citarasanya yang tersendiri dan popular bagi warga tempatan.

✧ Keenakkan dan kepedasan yang tidak keterlaluan menjadi pilihan no.1 dari pelbagai peringkat umur. Kanak-kanak ataupun dewasa.

✧ Dendeng dimasak sehari sebelum proses pembekuan untuk menjadikan ianya tahan lebih lama bagi tujuan pengiriman (pos) ke kawasan / negeri luar dari Kuala Lumpur dan Selangor.

✧ Dendeng 220g Retort boleh tahan lama tanpa dibekukan (hanya suhu bilik) dan pack ini amat sesuai bagi anda yang mencari hidangan untuk perjalanan yang jauh, percutian, perkelahan atau perkemahan.

 

Kelebihan: 

✧ Menggunakan daging Halal bahagian batang pinang yang lembut.

✧ Hidangan bergantung pada size bungkusan. (lebih dari 1 orang/hidangan)

✧ 100% di masak secara home-cooked dan menggunakan bahan terpilih yang Halal dan dijaga tahap kebersihan.

✧ Produk keluaran Muslim Bumiputera.

✧ Tanpa MSG atau bahan pengawet dan pewarna tiruan.

✧ Di bungkus dengan pack aluminium zip-lock yang mudah di bawa dan di panaskan.

✧ Mudah di hidangkan dan di makan bersama hidangan lain.

 

Cara penyediaan:

﹒Hanya panaskan semula apabila anda menerimanya. (boleh ikut 3 cara pada belakang packaging)

﹒Hidang bersama nasi panas dan untuk lebih pedas dapatkan Sambal Geprek Omakmasak.

. Hanya pack Dendeng 220g Retort sahaja boleh dibuka dan makan terus.

 

Cara penyimpanan:

✧ Tahan lama jika disimpan beku (4-5bulan).

✧ Tahan 1 bulan jika disimpan dalam chiller.

✧ Tahan 3-4 hari selepas dipanaskan dan dihidang pada suhu bilik dengan persekitaran yang tidak tercemar.

✧ Pack Dendeng 220g Retort tahan selama kurang 1 tahun hanya dengan suhu bilik.